PETALING JAYA – Beberapa individu yang tinggal di sekitar Gombak mendakwa kawasan perumahan mereka hari ini terputus bekalan air gara-gara insiden lori tangki terbalik di Kilometer (KM) 27.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Genting Sepah ke Gombak awal pagi tadi.
Menerusi semakan Kosmo! di media sosial, seorang pengguna TikTok, Pak Long Ai memaklumkan kesan kemalangan tersebut telah menyebabkan kawasan sungai berdekatan lokasi kemalangan terjejas.
“Kesan kemalangan ini (lori tangki terbalik), hanis sungai tercemar dan rumah aku dekat Gombak tak ada air,” katanya.
“Patutlah hari ini rumah aku tak ada air, ini kah puncanya?,” soal Munir.
Sementara itu, tular di media sosial rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan insiden lori tangki terbabit dan ramai yang mendakwa kenderaan berat tersebut dipandu dengan laju ketika sedang menuruni bukit.
Video berdurasi 50 saat yang dikongsikan pengguna Muhammad Afifiah itu dihujani pelbagai komen orang ramai dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci insiden tersebut.
Difahamkan, kemalangan sekitar pukul 1.19 pagi itu telah menyebabkan kesesakan sepanjang hampir lima kilometer (km), bagaimanapun setakat pukul 7 pagi tadi, trafik semasa dilaporkan kembali lancar. – KOSMO! ONLINE
@afifiahroadrunner Lori tanker excident 1.18pagi 25 Disember 2024 Karak Expressway #fyp #roadrunner #roadrunnerautoparts #omnidashcam ♬ original sound – Muhammad Afifiah