fbpx

Hujan lebat berterusan, beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan lebat sejak pukul 5 petang semalam mengakibatkan beberapa lokasi sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat. -Foto: Ihsan Pembaca-

KOTA KINABALU – Hujan lebat sejak pukul 5 petang semalam mengakibatkan beberapa lokasi sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat.

Antara lokasi yang terjejas akibat banjir adalah pekan Manggatal, Kampung Rampayan, Indah Permai, Kampung Rugading serta beberapa lagi perumahan di kawasan Kolombong.

Selain itu, turut dilaporkan banjir sekitar Kampung Inanam Laut, Kampung Bantayan, Kampung Tatahan, Kampung Kitobu, Kampung Keliangau dan Kampung Cenderakasih, Likas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.19 malam tadi selepas beberapa lokasi dilanda banjir.

“Seramai 22 anggota bersama jentera penyelamat kemudiannya dikerah ke lokasi terlibat untuk operasi menyelamatkan mangsa banjir.

“Setakat ini, sebanyak empat keluarga diselamatkan dari kawasan Pekan Manggatal ke tempat selamat.

“Dalam operasi lain, pasukan bomba turut sudah menyelamatkan sembilan orang dewasa membabitkan tiga lelaki dan enam wanita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Agustavia berkata, setakat jam 10 malam tadi, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Kota Kinabalu masih berada di lokasi untuk memantau.

“Ini berikutan keadaan pekan Manggatal terjejas teruk sehingga jalan raya di kawasan berkenaan terputus dan tidak boleh dilalui kenderaan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI