fbpx

Semua pihak ada peranan cegah kemalangan ‘tayar terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHM berkongsi tip pencegahan tayar lori tercabut.

PETALING JAYA – Kemalangan disebabkan tayar lori tercabut bukan perkara yang baharu dan ia perlu dipandang serius demi keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut Public Health Malaysia (PHM) tayar lori tercabut sering kali disebabkan oleh kecuaian sama ada nat tidak diketatkan, komponen tidak diperiksa atau beban lori yang melebihi had.

“Lori boleh terus bergerak dengan tayar gantian, tetapi mangsa yang dilanggar mereka tiada peluang kedua,” tulis PHM di Facebook.

Sehubungan itu, PHM mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah kejadian malang itu.

“Pertama, pihak yang mengendalikan lori perlu melakukan penyelenggaraan berkala dan bukan sekadar formaliti dengan memastikan setiap komponen diperiksa sebelum lori berada di jalan raya.

“Kedua, pihak berkuasa perlu lebih tegas terhadap lori yang tidak mematuhi peraturan, terutamanya yang membawa muatan berlebihan,” katanya.

Sementara itu, sebagai orang awam pula, PHM menasihatkan agar melaporkan segera jika melihat lori yang mencurigakan dan sentiasa berhati-hati memandu di belakang lori.

“Lori umpama gajah di jalan raya, kekal dengan jarak selamat.

“Kita mungkin tidak dapat mengubah masa lalu, tetapi kita boleh mencegah tragedi lain daripada berlaku.

“Jalan raya adalah milik bersama dan setiap nyawa yang terkorban adalah kehilangan yang tidak ternilai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI