fbpx

Piala Malaysia: Peluang Tok Gajah ulangi kejayaan 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import, Manuel Hidalgo dijangka akan jadi taruhan utama Sri Pahang untuk memburu pentas final Piala Malaysia musim ini. - SRI PAHANG FC

KUALA LUMPUR – Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad berpeluang untuk mengukuhkan namanya dalam sejarah bola sepak di negeri itu sekiranya mampu bawa pasukan ke pentas final Piala Malaysia

Harapan tinggi pastinya diletakkan ke atas jurulatih dari Singapura itu memandangkan kali terakhir Tok Gajah mara ke final adalah pada edisi 2014 yang menyaksikan mereka bergelar juara selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun Fandi berpendapat impian besar itu tidak mampu dilunasan sekiranya pemain terus melakukan kesilapan sama seperti dilalui dalam beberapa perlawanan terdahulu.

“Mudah-mudahan mereka segera ubah pemikiran dan akan lebih berdisiplin untuk perlawanan seterusnya ini. Kita tidak sepatutnya melakukan kesilapan mudah di hadapan gawang.

“Kita akan lebih bersungguh-sungguh dan meletakkan sasaran untuk ke final Piala Malaysia. Sri Pahang sudah lama tidak merasa pentas final, jadi kita harap ada kebaikan buat pasukan ini,” katanya.

Untuk rekod, pada edisi 2014 Tok Gajah menang 5-3 pada penentuan penalti selepas diikat 2-2 oleh JDT dalam masa permainan sebenar.

Di peringkat eparuh akhir kali ini, Sri Pahang dijadualkan menentang wakil Borneo, Sabah FC yang tewaskan Kuching City 1-0 secara agregat. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI