fbpx

Lebih satu tan makanan buat penduduk Kampung Miak hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kiri) memeriksa bekalan makanan yang disumbangkan oleh NGO melalui tabung makanan IPD Gua Musang di Kampung Miak, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih satu tan bekalan makanan dihantar kepada kira-kira 100 penduduk di Kampung Miak di sini yang sering terputus jalan perhubungan akibat jalan balak rosak bagi menghadapi gelombang baharu musim tengkujuh.

Usaha itu dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bersama beberapa pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Kampung Miak merupakan kampung pedalaman yang terletak 120 kilometer dari bandar Gua Musang dan antara bekalan disediakan adalah beras, gula, gandum, minyak, biskut, air mineral serta sabun.

“Bantuan itu dihantar menggunakan lapan buah kenderaan pacuan empat roda dan disertai oleh lebih 20 anggota dan lapan ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas Program Misi Bantuan Mangsa Banjir di Kampung Miak di sini semalam.

Sementara itu, seorang wakil penduduk Kampung Miak, Tg. Usri Tg. Hamzah, 56, berkata, penduduk Kampung Miak sering terputus jalan perhubungan setiap kali hujan lebat berterusan.

Katanya, kira-kira 40 keluarga di kampung Miak terkandas dan tidak dapat membeli barangan keperluan makanan di Bandar Gua Musang atau Bandar Kuala Krai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI