PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan tersebut beserta poster.
“Semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal.
“Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.- titah baginda.- KOSMO! ONLINE