LONDON – Pengurus Tottenham Hotspurs, Ange Postecoglou merasakan pasukan itu perlu lebih aktif pada jendela perpindahan pemain bulan depan.
Pengendali itu berpendapat adalah wajar untuk membuat penambahbaikan terutamanya selepas kelab itu berdepan isu kecederaan bintang utama seperti Guglielmo Vicario, Micky van de Ven dan Cristian Romero.
“Seperti saya katakan, kami mempunyai perancangan terutamanya selepas apa yang kami lalui sekarang. Adalah adil untuk kami katakan masih terdapat kelopongan di beberapa kawasan dan kami perlu tambah baik.
“Januari pasti akan jadi lebih rumit dan bagi kami, sudah pasti kami mahu bawa masuk seseorang yang mampu jadikan kami lebih kuat,” katanya.
Sebelum ini, Spurs sudah mengalami tiga kekalahan dalam empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.
Disebalik prestasi kurang baik dalam saingan liga, Spurs kini sudah pun layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris dan puisngan ketiga Piala FA.
“Jadual perlawanan tidak akan berkurang, jadi adalah masuk akal untuk kami lakukan penambahbaikan. Namun saya tidak mahu melakukan pembelian panik. – AGENSI