fbpx

Saintis keluar amaran letusan gunung berapi mega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letusan gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii kelmarin. - AFP

LONDON –  Bumi berdepan kebarangkalian satu dalam enam untuk mengalami letusan gunung berapi besar-besaran di abad ini ketika manusia tidak mempunyai rancangan untuk menanganinya, demikian menurut amaran dikeluarkan beberapa saintis.

Pakar iklim, Profesor Dr. Markus Stoffel berkata, peristiwa sedemikian boleh mencetuskan kekacauan iklim serupa dengan letusan Gunung Tambora di Indonesia pada 1815, lapor portal berita MailOnline.

Letusan tersebut mengeluarkan 100 kilometer padu gas, habuk dan batu ke atmosfera, menyebabkan suhu global menjunam.

Tanaman gagal tumbuh, kebuluran merebak, penyakit melonjak dan puluhan ribu orang mati.

Tidak seperti ‘tahun tanpa musim panas’ yang berlaku akibat letusan Tambora, gunung berapi mega abad ke-21 akan menambah gangguan yang telah pun disebabkan oleh kebergantungan manusia kepada bahan api fosil.

“Kesannya mungkin lebih teruk daripada pada tahun 1815,” jelas saintis geologi, Dr. Michael Rampino. 

“Dunia kini lebih tidak stabil,” tambahnya.

Pakar gunung berapi, Dr. Thomas Aubry berkata, letusan abad ke-21 akan memberi kesan kepada dunia yang lebih padat dan saling berkaitan, di mana gangguan dramatik boleh bergema dengan cara yang membawa maut dan tidak dijangka.

“Hujan lebih ekstrem yang meningkat akibat perubahan iklim, juga boleh menyebabkan letupan seperti ‘bom wap’ kerana kelembapan itu meresap jauh ke dalam celah-celah berhampiran gunung berapi aktif dan tidak aktif,” katanya.

Satu kajian pada 2022 mendapati bahawa kira-kira 716 gunung berapi di seluruh dunia atau 58 peratus daripada yang diketahui aktif dan berada di permukaan, boleh dicetuskan oleh hujan lebih ekstrem, jelas Aubry.

Ujarnya, ia meningkatkan risiko Zaman Ais mini yang berbahaya.

“Justeru, kita menjangkakan risiko lebih banyak letusan,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI