PETALING JAYA – Tindakan ‘scammer’ semakin berani apabila mereka tidak lagi menipu orang ramai melalui panggilan telefon, malah melakukan kegiatan haram tersebut secara terang-terangan.
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi pengalamannya apabila didatangi seorang individu yang mengaku sebagai penarik kereta ketika sedang berehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.
Menurut pemuda tersebut, individu terbabit memaklumkan kereta dinaikinya mempunyai tunggakan bayaran dan perlu ditarik segera.
“Hat-hati semua. Banyak sangat ‘scammer’ dekat luar sana. Nak Tarik kereta tapi surat semua tak ada. Kejadian berlaku di RNR Seremban,” katanya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 57 saat itu, pemuda tersebut dengan tenang membalas kepada individu terbabit kerana dia yakin kenderaannya dibayar setiap bulan secara teratur.
“Tiap bulan saya bayar, apa yang tak ada bayar?,” kata pemuda itu sambil menolak permintaan daripada lelaki tersebut supaya turun daripada kereta itu.
Selepas gagal memperdaya pemuda itu akhirnya lelaki tersebut berlalu pergi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam perbuatan ‘scammer’ itu dan pada masa sama memuji sikap tenang pemuda tersebut.
“Kalau kena kat orang yang penakut, ‘confirm’ turun kereta bagi kunci.” kata amighul.
“Macam-macam cara orang cari duit, menipu orang juga dia mau buat. Kadang kita kena pastikan baik-baik jangan panik jika ada buat pembayaran,” komen Baxter Junus.
Sementara itu, orang ramai juga memaklumkan R&R Seremban banyak kes penipuan dan meminta pihak Polis membuat rondaan lebih kerap di situ.
“RNR Seremban memang banyak ‘Scammer’. Dulu ada mekanik rosakkan kereta orang. Lepas tu pura-pura tolong hantar bengkel dia,” tulis Running Bob. – KOSMO! ONLINE
Hati-hati semua. Banyak sangat scammer dekat luar sana. Nak tarik kereta tapi surat apa semua takde 😅
Kejadian berlaku di RNR Seremban. pic.twitter.com/6ylTSuZhxQ
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) December 23, 2024