KEHIDUPAN sebagai anak seni tidak sentiasa indah malah bagi penyanyi Soimah pengalaman terkena gangguan sihir membuatkannya sentiasa berhati-hati.
Biarpun kejadian itu sudah bertahun-tahun berlalu, trauma berhadapan kesakitan dianiayai individu dikenali masih berbekas di hati.
Kata penyanyi, pelawak dan pengacara asal Jogyakarta itu, sakitnya bermula ketika menjadi ‘sinden’ atau penyanyi dalam kumpulan muzik gamelan.
Dia sedar terkena sihir apabila berasa kurang sihat selepas seorang rakan meminta air minuman serta bedaknya yang didakwa menjadi bahan asas untuk guna-guna.
Punca yang mengakibatkan suaranya juga tidak keluar ketika itu dikongsikan ketika menjadi tetamu dalam sebuah program audio siar atau podcast.
Hingga kini, selebriti berusia 44 tahun itu sentiasa berwaspada agar tidak lagi menjadi mangsa orang yang berhati busuk.