fbpx

Usia 2 hari dibedah, baby Aafiya perlukan RM43,750

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aafiya memerlukan sumbangan orang ramai untuk membiayai kos membeli mesin pernafasan.

KUCHING – Seorang ketua keluarga berdepan ujian berat apabila bayinya, Nur Aafiya Aulia Zul Fazly menghidap beberapa pe­nyakit sejak dilahirkan Mei lalu.

Nur Aafiya diuji pertumbuhan spina tidak lengkap (mye­lomeningoccele) dan kecacatan tiub saraf tidak tutup menyebabkan kecacatan tulang spina dan saraf tunjang membuatkan pembedahan saraf terpaksa dilakukan ketika berusia dua hari.

Bayi itu mengalami bengkak air otak (hydrocephalus), kelemahan otot kedua-dua kaki (diplegia), inkontinen urin (neurogenis bladder) selain mempunyai sebelah buah pinggang dan masalah jantung kongenital.

Pemeriksaan klinikal dan X-ray dada menunjukkan paru-paru kiri bayi itu tidak tumbuh sempurna. Sejak berusia lapan hari, Nur Aafiya bergantung de­ngan alat pernafasan ‘bilevel positive airway pressure’ (BiPAP) dan oksigen.

Bapanya, Zul Fazly Habib, 35, berkata, selepas dilahirkan, ba­yinya ditahan selama enam bulan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini untuk rawatan dan kali pertama dibenarkan pulang ke rumah pada 15 November lalu.

Disebabkan keadaan bayinya itu, Zul Fazly terpaksa membawa isterinya, Afaharni Mohamad Hajini, 42, dan anak sulung berusia empat tahun berpindah ke bandar raya ini dari Sri Aman.

“Sejak anak kami diuji masalah kesihatan, mata pencarian kami terputus,” kata peniaga itu.

Zul Fazly berkata, dia juga buntu untuk membiayai kos rawatan Nur Aafiya yang memerlukan mesin pernafasan Resmed Stellar 150, Resmed Stellar Power Station II dan Invacare Perfecto yang berharga RM43,750.

Tambahnya, Nur Aafiya turut menggunakan tiub ‘Ventriculoperitoneal Shunt’ bagi membuang air daripada kepala melalui air kecil. Mesin BiPAP yang digunakan ketika ini pula dipinjam daripada HUS buat sementara waktu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Zulfazly Habib bernombor 158387091425 atau menghubunginya di talian 010-371 8066.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI