fbpx

Nahas ngeri Melaka: Keluarga, kenalan menanti jenazah lima sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

BANGI – Hampir 300 orang terdiri daripada kenalan, saudara-mara dan penduduk menunggu ketibaan jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas melibatkan lima buah kenderaan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini.

Lima jenazah itu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang merupakan pasangan suami isteri, ibu bapa mereka serta anak berusia dua tahun.

Mereka ialah Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi, 32, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2.

Turut terkorban dalam nahas pada pukul 8.40 malam di Alor Gajah, Melaka adalah ibu bapa Fadzlenna, Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, akan disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas.

Kelima-lima jenazah dijangka dibawa ke Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI