fbpx

‘Awak benar-benar menyatu dengan air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Merlin bergambar di tebing batu. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik terakhir seorang remaja bergambar di atas tebing batu sebelum maut akibat dihanyutkan ombak besar, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Pantai Semeti, Lombok, dalam wilayah Nusa Tenggara Barat.

Dalam video tersebut, Merlin Septiana, 18, dilihat duduk sambil menghadap ke arah laut yang ketika itu bergelora.

Sesekali ombak kuat menghempas tebing ketika aksi pelajar sekolah pondok itu dirakam rakannya.

“Cantiknya, awak menyatu dengan air,” kata seorang rakannya.

Ketua Polis Praya Barat. Asisten Komisioner Polis Lalu Punia Asmara berkata, mangsa dan rakan-rakannya bergilir-gilir merakam gambar di tebing itu sebelum ombak besar tiba-tiba muncul lalu ‘menarik’ Merlin ke dalam laut.

Tambahnya, mangsa yang terumbang-ambing meminta pertolongan, manakala rakan-rakannya cuba menggunakan kayu dan joran untuk membantu remaja tersebut.

Mereka juga meminta tolong daripada pengunjung lain dan polis yang ada di situ, namun ombak besar menyukarkan usaha membantu mangsa.

Mayatnya kemudian ditemui kira-kira sejam setengah kemudian dan dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, rakan Merlin yang merakam gambarnya meluahkan rasa kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang menurutnya, menjadi kenyataan.

“Saya baru sedar selepas melihat video itu. Saya menyesal kerana berkata awak menyatu dengan air kerana awak benar-benar telah pergi,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI