fbpx

Isteri nekad bakar suami kaki judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berada dalam keadaan stabil. - Polis Kutai Kartanegara

JAKARTA – Seorang wanita di Kutai Kartanegara, wilayah Kalimantan Timur membakar suaminya ketika lelaki itu leka bermain judi online di rumah mereka, lapor laman berita Warta Banjar semalam.

Wanita dikenali sebagai LW, 26, bertindak demikian kerana sudah tidak tahan dengan sikap mangsa, AD, 39, yang ketagih bermain judi online.

Dalam kejadian pada 17 Disember lalu, mangsa ketika itu sedang bermain judi menggunakan telefon bimbit milik anak mereka.

LW yang berang lantas menyiram minyak tanah ke atas badan suaminya.

Anak mereka yang berada berdekatan turut disambar serpihan api dan mengalami cedera ringan.

Seorang jiran yang terdengar jeritan dari rumah pasangan itu dengan segera datang membantu memadamkan api.

Ketiga-tiga mereka kemudian dibawa ke hospital terdekat.

“Motif serangan adalah kekecewaan mendalam terhadap suaminya yang ketagih judi online dan menjual barangan berharga termasuk telefon bimbit,” kata Ketua Polis Kutai Kartanegara, Inspektor Maryono.

Mangsa pada awalnya membuat laporan polis terhadap isterinya, namun kemudian menarik balik laporan tersebut dan mengaku bersalah atas sikapnya sendiri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI