fbpx

[VIDEO] ‘Ada lipan bergerak dalam telinga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lipan hidup yang berjaya dikeluarkan daripada telinga seorang warga emas.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas tidak menyangka ‘serangga’ memasuki ke dalam telinganya rupa-rupanya adalah seekor lipan yang masih hidup.

Lipan itu berjaya dikeluarkan oleh doktor selepas dia ke klinik dan telinga wanita itu juga disengat haiwan berbiasa tersebut.

Menerusi perkongsian seorang doktor pada Thread, Dr. Wan Huzaify yang merawat warga emas tersebut, kejadian itu berlaku pada tengah malam apabila beliau dipanggil oleh kakitangan klinik.

“Doktor, doktor. Tolong tengok pesakit ni dulu. Dia mengadu ada serangga masuk dalam telinga dia (kata staf klinik). Suluh otoscope dan saya berjaya keluarkan ‘serangga’ keluar daripada telinga mak cik.

“Mulanya saya ingatkan hanyalah gigitan kutu, namun salah rupanya. Saya lega boleh bantu berikan kelegaan kepada mak cik dan menamatkan deritanya,” katanya pada hantaran tersebut.

Dr. Wan Huzaify turut berkongsi langkah yang boleh diambil sekiranya terdapat lipan atau sebarang serangga masuk ke telinga.

“Langkah pertama, bertenang. Jangan buat apa-apa yang boleh buat lipan rasa terancam. Ini hanya akan buat lipan jadi lebih agresif dan rasa perlu menyerang untuk pertahankan diri.

“Langkah kedua, miringkan kepala. Palingkan kepala supaya telinga yang ada serangga tu menghadap ke bawah. Kadang-kadang serangga tu boleh keluar sendiri dengan bantuan graviti.

“Langkah ketiga, gunakan minyak. Tuangkan minyak bayi atau zaitun perlahan-lahan ke dalam telinga. Minyak ini akan membantu ‘menenangkan’ serangga atau menyebabkannya keluar. Penting jangan guna minyak jika anda rasa gegendang telinga rosak (contoh: sakit kuat atau ada cecair keluar),” katanya.

Beliau berkata, langkah keempat ialah siram dengan air suam.

“Jika minyak tidak berjaya, cuba bilas telinga dengan air suam perlahan-lahan. Pastikan air tak terlalu panas untuk elak kecederaan.

“Elakkan air sejuk kerana akan memburukkan rasa pening (vertigo) dan akan menyebabkan lipan terkejut dan bertindak agresif,” ujarnya.

Seterusnya, katanya langkah kelima ialah berjumpa doktor jika masih tidak berjaya.

“Jika serangga tak keluar, atau anda rasa sakit, segera dapatkan bantuan doktor. Doktor ada alat khas untuk keluarkan serangga dengan selamat tanpa mencederakan telinga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI