fbpx

Ramai yang sedar, kesian tetapi tak tahu urus anak autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Di Malaysia, tahap kesedaran tentang autisme semakin meningkat dengan ada ibu bapa mula bertindak mendaftar dan menghantar anak mereka ke pusat autisme atau kelas pemulihan bagi membantu proses rawatan anak-anak tersebut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setiap tahun jumlah penghidap autisme berdaftar mengalami pertambahan sekali gus membuktikan kesedaran ibu bapa yang memiliki anak-anak autistik semakin positif.

Bagaimanapun, seorang guru pendidikan khas, Alia Shafinie mengakui, masih ramai ibu bapa mahupun orang ramai kurang pengetahui mengenai cara penjagaan yang betul dalam melayani anak-anak autistik.

“Kesedaran dalam kalangan ibu bapa meningkat tapi penerimaan orang ramai masih belum meningkat. Maksud saya penerimaan ke arah sudut yang positif, org kita masih rasa kesian, lepas itu tak tahy nak buat apa jika berhadapan dengan anak-anak macam ini,” katanya.

Tambah guru tersebut, permohonan murid berkeperluan khas di sekolah mengalami peningkatan setiap tahun.

“Sebagai guru pendidikan khas, data murid berkeperluan khas di sekolah setiap tahun memang meningkat terutama di Kuala Lumpur sebab saya mengajar di Kuala Lumpur, dan memang jika 10 murid yang masuk tujuh daripada lapan orang adalah kategori autisme.

“Murid sekolah saya sendiri tahun lepas lebih 90 orang dan tahun ini lebih 100 orang jumlahnya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! menerusi laporan khas mendedahkan seramai 60,217 penghidap autisme berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 30 Jun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI