fbpx

Nur Aleeyah dicari, hilang sejak Sabtu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aleeyah.

KAJANG – Polis meminta bantuan awam untuk mengesan remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5, Bandar Baru Bangi, di sini, sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.20 petang, kelmarin.

“Mangsa dikenali sebagai Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham dilaporkan hilang pada 21 Disember sekitar pukul 3 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, remaja tersebut memiliki ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang.

Tambah beliau, kali terakhir dia dilihat memakai baju T-shirt berwarna coklat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI