fbpx

Kemenangan Inter tidak meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THURAM (kiri) melepaskan rembatan untuk meledak gol kedua Inter menewaskan Como awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Como pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Nerazzurri berjaya meraih gol menerusi ledakan Carlos Augusto dan Marcus Thuram sekali gus memastikan pasukan kekal memberi tekanan kepada pendahulu liga, Atalanta dengan perbezaan tiga mata ketika ini.

Kata Inzaghi, apa yang dipamerkan oleh barisan pemain bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana membiarkan pasukan lawan mendominasi aksi di Stadium San Siro.

“Pujian wajar diberikan kepada Como kerana mempamerkan corak permainan menarik meskipun beraksi di tempat lawan. Namun, pemain kami kekal fokus 100 peratus tanpa membuka sebarang ruang buat mereka.

“Saya akui prestasi pasukan bukanlah sesuatu boleh dibanggakan kerana jentera serangan kami agak tumpul mungkin kerana keadaan padang yang tidak memuaskan. Harap kami boleh tampil lebih garang pada aksi minggu ini,” katanya.

Sementara itu, Inzaghi turut mempertahankan kapten pasukan, Lautaro Martinez yang masih gagal menamatkan badi jaringan selepas kali terakhir meledak gol ketika menentang Venezia pada awal bulan lepas.

“Sebagai bekas penyerang, saya faham apa yang dirasai oleh Martinez ketika ini. Saya hanya mampu memberikan nasihat agar Martinez lebih tenang dalam usaha membuat keputusan kerana buat masa ini, tuah tidak memihak kepadanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN