fbpx

KAFA pertikai hukuman penggantungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAFA menafikan dakwaan tidak menjemput ahli gabungan sebaliknya jemputan diberikan mengikut status ahli yang dirujuk kepada PJS.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempertikai tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengambil keputusan untuk menggantung keahlian pihaknya daripada menjadi ahli gabungan.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, alasan FAM bagi tindakan penggantungan itu adalah kerana Kongres KAFA Kali Ke-65 pada 19 Disember lalu tidak sah kerana prosedur dan tatacara pengendaliannya dilakukan secara tidak teratur seperti ditetapkan oleh FAM.

Menurutnya, satu lagi alasan yang dikatakan mendorong keputusan FAM itu adalah berikutan terdapat ahli gabungan KAFA yang tidak dibenarkan dan tidak dijemput menghadiri kongres tersebut.

“Sepatutnya jika betul tidak sah, jawatankuasa lama diberikan kuasa untuk membuat kongres semula. Tetapi, terus gantung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya mengenai isu ada ahli gabungan tidak dibenarkan hadir atau tidak dijemput ke Kongres KAFA, beliau menjelaskan, jemputan tidak diberikan kerana KAFA berpandukan surat yang dihantar oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) mengenai status mereka apabila ada ahli gabungan yang telah terbatal statusnya seperti dinyatakan dalam surat berkenaan.

“Merujuk kepada status yang dinyatakan oleh PJS, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan telah dijemput ke kongres berkenaan.

“Bagi yang tidak dijemput adalah kerana statusnya terbatal dan tidak boleh mengundi seperti dinyatakan oleh PJS. Ahli gabungan tidak boleh mengundi adalah Pasir Puteh, Jeli, Machang, Kuala Krai, Bachok, Persatuan Bola Sepak Cina dan Persatuan Bola Sepak India,” ujarnya.

Dalam pada itu, Husin turut memaklumkan, KAFA akan mengemukakan rayuan berkenaan penggantungan itu dan satu surat jawapan telah dihantar kepada FAM sebagai respons kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman Ahli FAM itu.

Surat tersebut antara lain turut mempertikaikan perjalanan pendengaran aduan yang dihadiri oleh lima wakil KAFA serta penghantaran surat keputusan bertarikh 21 Disember 2024 (Sabtu) yang dilihat tidak profesional serta mendakwa ia seolah-olah cuba menggagalkan pelancaran KRW. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI