fbpx

Arsenal hilang Saka 10 perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA terlepas banyak perlawanan penting dalam tempoh menjalani pemulihan disebabkan kecederaan hamstring. - AFP

LONDON – Arsenal menerima tamparan hebat dalam misi menamatkan penantian 20 tahun menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 2004 apabila kehilangan bintang utama, Bukayo Saka untuk 10 perlawanan musim ini.

Ia susulan kecederaan hamstring dialami Saka yang menyaksikannya dikeluarkan pada minit ke-20 ketika Arsenal membelasah Crystal Palace 5-1 dalam aksi EPL di Selhurst Park hujung minggu lalu.

Ia bermakna pemain sayap lincah berusia 23 tahun itu akan terlepas enam perlawanan EPL termasuk menentang Ipswich Town di Stadium Emirates awal pagi Sabtu ini.

Selain Ipswich, Saka juga tidak dapat menentang Brentford, Brighton, Tottenham Hotspur, Aston Villa dan Wolverhampton Wanderers.

Selain itu, bintang muda England tersebut juga terlepas dua aksi penting iaitu separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Newcastle United (8 Januari) dan pusingan ketiga Piala FA bertemu Manchester United pada 12 Januari.

Baki dua perlawanan terakhir Saka dijangka terpaksa diketepikan adalah aksi UCL menentang Dinamo Zagreb dan Girona.

Seandainya Saka disahkan cergas selepas itu, dia mungkin sempat memperkuatkan Arsenal untuk aksi EPL menentang Manchester City di Emirates pada 3 Februari depan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tiada pilihan selain mengharapkan Ethan Nwaneri, Gabriel Jesus atau Gabriel Martinelli untuk beraksi di posisi sayap kanan selain bersedia membeli pemain baharu dalan jendela perpindahan bulan depan.

“Dia terlepas beberapa minggu dan ini sememangnya saat-saat sukar buat kami. Tiada apa kami dapat lakukan dan sekarang kami perlu bersedia mengharunginya tanpa Saka,” kata Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN