fbpx

Penganjur tarian colok mata di Tanah Merah dikompaun RM10,000, mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular persembahan tarian mencolok mata di sebuah majlis makan malam di Tanah Merah baru-baru ini.

KOTA BHARU – Penganjur majlis makan malam tertutup di Tanah Merah yang membenarkan seorang wanita berpakaian mencolok mata di khalayak membayar kompaun RM10,000 kepada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, bayaran kompaun di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 dijelaskan kepada pihak MDTM.

Selain itu, pihak penganjur mengutuskan surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan tersebut.

“Penganjur turut menulis surat aku janji kepada PBT untuk membuat rujukan sebarang acara terlebih dahulu sebelum menganjurkan aktiviti selepas ini.

“Jumlah kompaun akan meningkat kepada RM50,000 berkuat kuasa 1 Januari depan selepas kerajaan negeri meluluskan Rang Undang-undang Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Kelantan) 2024 bagi kawalan dan pelesenan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hilmi menberitahu, individu atau syarikat yang mahu menganjurkan program hiburan dinasihatkan supaya menggemukakan permohonan awal bagi memudahkan proses semakan sekali gus menggelakkan berlaku pelanggaran.

Media sebelum ini melaporkan, penganjur majlis makan malam tertutup di Tanah Merah yang membenarkan seorang wanita berpakaian tidak sopan sehingga mencolok mata di depan khalayak boleh dikenakan tindakan.

Hilmi berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI