fbpx

Semua mangsa nahas ngeri di Melaka dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Khairul Izwan bersama isteri serta tiga anaknya.

MELAKA – Kesemua tujuh mangsa yang terkorban dalam nahas melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini malam tadi sudah dikenal pasti.

Mereka yang meninggal dunia terdiri daripada lima sekeluarga yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, pemandu dan penumpang bas persiaran.

Mangsa ialah pemandu Toyota Estima, Khairul Izwan Mazupi, 32, bersama isterinya, Fadzlenna Ramli serta anak mereka, Muhammad Umar, 2. Turut terkorban ibu bapa Fadzlenna iaitu Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kelima-lima mangsa meninggal dunia di lokasi.

“Dua lagi penumpang MPV iaitu Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, terselamat dengan salah seorang mereka cedera parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Melaka,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, terdapat seorang lagi penumpang kanak-kanak yang terselamat dalam MPV tersebut, namun identitinya sedang dikenal pasti.

“Kita juga mengenal pasti identiti penumpang bas yang maut iaitu Lamrah Asid Ali, 66, warga Singapura,” katanya.

Pemandu bas persiaran yang maut adalah Noorisnien Khamid, 56.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan seramai tujuh individu maut, manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara malam tadi.

Nahas tersebut dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut di lorong tengah lebuh raya menyebabkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang dari arah utara ke selatan gagal mengelak dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Ashari berkata, bas tersebut kemudian telah melanggar sebuah Perodua Bezza sebelum bertembung dengan treler serta MPV Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga.- KOSMO! ONLINE

Senarai mangsa nahas:

Toyota Estima:

  1. Khairul Izwan Mazupi, 32.
  2. Fadzlenna Ramli, 32.
  3. Muhammad Umar, 2. 
  4. Ramli Ab. Wahab, 66.
  5. Fauziah Jaafar, 69.

Bas persiaran:

  1. Noorisnien Khamid, 56.
  2. Lamrah Asid Ali, 66.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI