fbpx

‘Tolak tawaran GV sebab suami tak nak saya malukan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watie menolak pelawaan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bersama kumpulan Elite kerana tidak mendapat izin suami tersayang.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Watie Sadali terpaksa menolak pelawaan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bersama kumpulan Elite kerana tidak mendapat izin daripada suaminya iaitu Joey Daud.

Menurut Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 48, suaminya tidak mahu dia menjadi bahan umpatan jutaan netizen yang menonton.

“Memang kawan-kawan dalam kumpulan Elite cuba sedaya upaya untuk pujuk saya terutamanya Azza. Saya tahu dia sentap dengan saya. Tetapi Joey tak izinkan saya ikut serta. Takkan saya nak lawan cakap suami.

“Joey beritahu saya tak perlu nak malukan diri sendri kerana perlu sedar dengan kemampuan diri sebagai penyanyi. Dia cakap dia kenal isteri dia macam mana. Dia takut saya tak boleh berhadapan dengan kritikan serta kecaman,” katanya kepada Kosmo Online.

Tambah Watie lagi, kalau ikutkan hati, memang keinginannya membuak-buak untuk buat ‘comeback’ bersama Elite tetapi dia perlu bersikap rasional.

“Kesian juga dengan Elite kerana hanya tiga orang sahaja ketika itu. Tetapi bila difikirkan semula, memang betul apa yang dikatakan oleh suami saya. Berjuta orang yang akan menonton.

“Saya pula seorang yang berjiwa lemah. Kalau orang cakap macam-macam boleh jadi ‘anxiety’. Nak tidur boleh terngiang-ngiang komen-komen juri.

“Saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat dengan menolak tawaran untuk turut serta,” ujarnya.

Ujarnya lagi, selepas melihat apa yang dilalui suaminya dalam program Famili Duo musim ke-4 membuatkan dia lebih faham tentang asam garam pertandingan nyanyian.

“Saya melihat sendiri apa yang dilalui oleh Joey sepanjang pertandingan. Saya melihat kekecewaan serta kesedihan dia.

“Tapi saya sangat kagum dengan dia kerana dia tidak melenting ataupun membantah segala kritikan yang dilemparkan kepadanya biarpun dirinya tidak buat kesalahan seperti yang diperkatakan,” katanya. –  KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI