fbpx

Calon suami 2025, cari yang bukan sekadar ‘handsome’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkahwina pada 2025 wanita perlu memilih calon yang boleh memberi nafkah.

PETALING JAYA – “Menjelang tahun 2025 ini, cari calon suami yang ‘protector’ (pelindung) dan ‘provider’ (pemberi nafkah) Bukan handsome (kacak) semata-mata.”

Itu pesanan ringkas Pakar kewangan dan ­hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad kepada para wanita bujang mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada calon ‘suami 2025’.

Katanya lagi, jika calon suami tiada kedua-dua ciri berkenaan, maka akan ada banyak masalah timbul di kemudian hari.

“Apabila tiada dua ciri ini, akan ada banyak masalah lain yang timbul nanti bab kewangan dalam keluarga ya dik. Calon suami, jangan cari calon isteri yang ada ciri-ciri ini pula ya, terbalik,” katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya mereka yang masih bujang dan sedang mencari pasangan hidup.

“Tepat 100 peratus tapi rasanya macam biasa, saya akan perbaharui lesen ‘single’ (bujang) untuk tahun ke-36,” komen @Noor Ashikin Saerah.

“Baiklah Dr, boleh letak (sebagai) azam tahun baru,” ujar seorang lagi netizen.

“Sila munculkan diri. Saya memang tengah mencari. Dua tahun dah teruskan azam yang sama ni.Awas, hanya yg solo okey!,” tegas @Deeja Hj Mokhtasar

“Nanti saya cakap kat anak saya, awal tak kalut,” seloroh Hafizah Musa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI