fbpx

Laluan ke utara, Pantai Timur sesak hari terakhir tol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara ketika ini. - Foto LL

PETALING JAYA – Aliran trafik menghala ke negeri di sebelah utara, selatan dan Pantai Timur dilaporkan sesak ekoran pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi.

Orang ramai dilihat mengambil peluang melalui lebuh raya bagi memanfaatkan hari terakhir pemberian tol percuma sempena perayaan Krismas bermula pukul 12.01 tengah malam 23 Disember 2024 dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam ini.

Pengecualian tol hanya akan diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Semakan Kosmo! pada laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 1.30 tengah hari, trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan beberapa laluan.

“Bagi arah utara, trafik perlahan di Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar, Bandar Ainsdale ke Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban dan Senawang ke Port Dickson, manakala arah selatan membabitkan laluan dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Skudai ke Kempas dan Jalan Dato Onn ke Persimpangan Pasir Gudang,” katanya.

Sementara itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, aliran trafik meningkat dari susur masuk ke Plaza Tol Gombak hingga Genting Sempah serta Plaza Tol Gombak ke Pusat Bandar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI