fbpx

Kapal kargo senget, kru bertempiaran terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo Amnah terbalik di pelabuhan Istanbul. - Anadolu

ISTANBUL –  Sebuah kapal kargo seberat 5,215 tan metrik terbalik di sebuah pelabuhan di Istanbul, Turkiye  disebabkan muatan tidak seimbang, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan detik kapal dinamakan Amnah itu condong  awal kelmarin dan terbalik pada jarak hanya beberapa meter dari anak-anak kapal yang terjun untuk menyelamatkan diri.

Lima anak kapal sempat terjun ke dalam laut dan berenang ke pelabuhan.

Seramai 10 lagi kru  melompat ke atas pelabuhan dan lari menyelamatkan diri

Pegawai tempatan, berkata, seorang pekerja mengalami luka ringan dan dibawa ke hospital.

Berdasarkan rakaman CCTV, ketika kapal itu mula senget,  kontena-kontena mula meluncur dan jatuh di tepi  pelabuhan.

Amnah kemudian terbalik dan mulai  tenggelam.

Amnah dibina pada 1996 dan beroperasi untuk syarikat perkapalan Russia, Fesco. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI