fbpx

Kareena nafi ada hubungan sulit dengan Hrithik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON jelita Kareena Kapoor menyifatkan gosip pernah menjalin hubungan sulit dengan aktor Hrithik Roshan sebagai perkara lucu dan gila. 

Walaupun kerap bergandingan termasuk menerusi filem Kabhi Kushi Kabhie Gham, Kareena berkata itu tidak bermakna mereka intim apatah lagi gosip liar tersebut muncul pada hari perkahwinan Hrithik dengan Suzanne pada 2000.

Menurut isteri kepada Saif Ali Khan itu, lebih memalukan apabila mereka dituduh melakukan perkara tidak senonoh dalam pesawat.

“Saya tidak segila itu untuk melakukan perbuatan bodoh atau mengganggu lelaki yang hanya menunggu hari menikahi wanita pilihannya iaitu Suzanne.

“Lucunya gosip kononnya kami memadu asmara dalam pesawat tiba-tiba diperkatakan menjelang hari pernikahan Hrithik. Logikkah? Mujur Suzanne sangat memahami itu cuma gosip,” katanya mengimbau memori lalu.

Katanya, hingga kini dia dan Suzanne masih berkawan baik biarpun wanita terbabit sudah bercerai dengan Hrithik pada 2014.

Bahkan hubungannya dengan Hrithik tidak lebih daripada seorang kawan.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI