JAKARTA – Perbuatan seorang wanita yang membasuh tangannya yang kotor di sebuah kolam renang menerima kritikan orang ramai, lapor portal berita Suara.com semalam.
Kejadian berlaku di sebuah taman tema air baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshitt memaparkan wanita itu menikmati makanan bersama sambal sebelum mencuci tangannya di kolam renang.
Lebih mengejutkan, kolam tersebut dipenuhi orang ramai termasuk kanak-kanak yang sedang berenang.
Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan ramai netizen.
“Wahai gadis di luar sana, nanti bila sudah menjadi ibu jangan jadi seperti yang ini,” sindir seorang netizen.
“Kenapa tidak cuci otaknya sekali?” sindir netizen lain. – AGENSI