fbpx

Harga telur melambung tinggi di Amerika Syarikat  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - iStock

WASHINGTON – Harga telur di Amerika Syarikat (AS) melonjak pada tahap tertinggi tahun ini berikutan penularan wabak selesema burung (H5N1) yang semakin meluas dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor portal berita Social News XYZ semalam. 

Data Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mendedahkan bahawa harga borong telur saiz besar mencecah AS$4.07 (RM18) untuk satu dozen pada Jumaat lepas, melonjak berbanding AS$1.1 (RM5) sedozen awal tahun ini. 

Kenaikan harga itu didorong oleh impak virus H5N1 yang sangat patogenik terhadap populasi ayam. 

Kenaikan harga itu juga sangat ketara di pasaran pesisir seperti California dan New York yang mencatatkan peningkatan harga paling signifikan. 

“Industri mengalami kerugian besar dalam populasi ayam telur, membabitkan kira-kira 36.8 juta ekor ayam (terpaksa dihapuskan) di 12 negeri sepanjang 2024 akibat wabak H5N1,” tambah USDA. 

Sebanyak 38 peratus daripada jumlah kerugian berlaku sejak 1 November lalu, manakala 28 peratus pada Disember 2024 ketika permintaan tahunan tertinggi untuk telur. 

Permintaan telur secara tradisinya memuncak sempena musim cuti Krismas dan tahun baharu apabila aktiviti memasak meningkat. 

“Permintaan bertambah tinggi ketika pengguna menyediakan persiapan sempena Krismas sekali gus memberi tekanan pada rantaian bekalan yang sudah tegang,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI