fbpx

Thamaraj ukir sejarah baharu silat dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAMARAJ (tengah) mencipta sensasi memenangi pingat emas kelas bebas putera Kejohanan Pencak Silat Dunia semalam. - MSN MALAYSIA

KEJOHANAN Pencak Silat Dunia ke-20 menjadi detik bersejarah buat negara apabila V. Thamaraj menjadi pesilat Malaysia berbangsa India pertama merangkul pingat emas dalam kelas bebas putera menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek dalam aksi final semalam.

Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyifatkan kemenangan Thamaraj sebagai pencapaian luar biasa yang membuka lembaran baharu buat silat Malaysia.

“Sejarah tercipta di Abu Dhabi. Buat kali pertama dalam sejarah dunia, pesilat Malaysia berbangsa India memenangi pingat emas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berkongsi rasa bangga terhadap pencapaian pasukan silat kebangsaan menerusi laman Instagram miliknya.

“Saya amat teruja melihat kemenangan Thamaraj yang mencipta sejarah. Pencapaian keseluruhan skuad silat negara juga sangat membanggakan.

“Pasukan senior berjaya meraih enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa, manakala skuad remaja menyumbang lima emas, empat perak dan empat gangsa,” ujarnya.

Selain Thamaraj, wira dan wirawati negara yang lain turut menyinar di pentas dunia termasuk Nor Farah Mazlan yang berjaya mempertahankan gelaran juara dunia buat kali kedua dalam kategori wanita.

Antara penyumbang emas lain dalam kejohanan itu ialah Siti Shazwana, Abdul Latif, Ainatsya, Tamarah, Eafzayl Adriell dan pesilat adik-beradik berbakat, Ukail Darwis serta Raqib Darwisy sekali gus menutup kempen kejuaraan dunia dengan pencapaian membanggakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI