fbpx

Rins kempunan uji enjin Yamaha V4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS mungkin berpeluang merasai enjin baharu Yamaha semasa sesi shakedown di Sepang pada 31 Januari ini. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Alex Rins mendedahkan Yamaha terpaksa menangguhkan ujian enjin V4 pertama mereka selepas mengakui ia belum siap sepenuhnya.

Awal tahun ini, Yamaha mengumumkan sedang membangunkan enjin V4 pertama mereka dalam sejarah penyertaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas sekian lama bertahan dengan konfigurasi enjin inline-four cylinder

Peralihan kepada V4 bakal menyelaraskan Yamaha dengan pesaing utama mereka seperti Ducati, KTM dan Aprilia.

Andrea Dovizioso sepatutnya menguji enjin V4 tersebut di Jerez tetapi disebabkan kelewatan untuk menyiapkannya, Yamaha dijangka mengujinya semasa sesi shakedown di Sepang nanti.

“Idea asalnya untuk menguji enjin ini semasa ujian peribadi KTM di Jerez pada awal Disember. Namun, akhirnya, enjin itu tidak siap dan tidak dapat diuji,” kata Rins.

Ketua Teknikal Yamaha, Max Bartolini menjelaskan manfaat utama peralihan kepada enjin V4 lebih daripada sekadar peningkatan kuasa.

“Ramai yang beranggapan kelebihan utama V4 adalah pada enjin itu sendiri, namun lebih penting adalah susun atur keseluruhan motosikal.

“Enjin V4 memudahkan reka bentuk motosikal untuk disesuaikan dengan keperluan tayar, khususnya tayar belakang Michelin,” kata Bartolini.

Bartolini juga menambah kemungkinan untuk melihat enjin V4 digunakan musim depan belum dapat dipastikan kerana Yamaha dan Honda diberi kelonggaran untuk memperkenalkan spesifikasi enjin baharu sepanjang musim 2025, tidak seperti pesaing lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI