fbpx

Kompaun RM5,100 tidak pamer, jual lebih harga kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TING HAN (dua dari kiri) menunjukkan senarai harga barang bersama Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo (dua dari kiri) sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 di Jaya Grocer Eco Galleria, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor mengesan 46 kes sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, ia dikesan menerusi hasil 1,708 pemeriksaan yang diadakan melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit di seluruh negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu, pihaknya telah mengenakan jumlah kompaun sebanyak RM5,100 mengikut kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Kesalahan yang dilakukan peniaga pada SHMMP Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali adalah tidak mempamerkan tanda harga merah jambu, tidak meletakkan tanda harga dan menjual lebih daripada harga kawalan.

“SHMMP Deepavali merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 27 kes diikuti SHMMP Tahun Baru Cina dengan 13 kes serta SHMMP Hari Raya Puasa dengan enam kes,” katanya ketika melakukan Walkabout SHMMP Krismas di Jaya Grocer, Eco Galleria, di sini hari ini.

Ting Han berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu yang merekodkan 57 kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI