fbpx

7 beranak ‘berumah’ dalam kereta adalah penerima zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh beranak yang tinggal di dalam kereta merupakan penerima pelbagai jenis bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

SEBERANG PERAI – Nasib tujuh beranak yang ‘berumah’ di dalam kereta sehingga mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong semalam rupanya merupakan penerima pelbagai jenis bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, berdasarkan rekod, keluarga berkenaan merupakan penerima skim agihan dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diagihkan melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Katanya, keluarga terbabit merupakan penerima Skim Kewangan Bulanan dari ZPP dan kadar jumlah bantuan sentiasa akan dikemaskini agar mengikut kesesuaian semasa.

“Mereka juga merupakan penerima dana agihan bagi Skim Kewangan Sekaligus. Selain skim-skim berkenaan, ZPP telah membantu keluarga ini dengan membayar kos deposit sewaan rumah dan mereka juga sering hadir ke ZPP untuk mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah memuat naik video di media sosial miliknya yang memaparkan nasib tujuh beranak yang menjadikan kereta Perodua Bezza sebagai tempat berteduh selepas diperdaya tuan rumah.

Beliau tampil membantu selepas menerima aduan berhubung keadaan keluarga terbabit malah pantas menyediakan rumah sewa bagi membolehkan pasangan suami isteri itu tinggal dengan lebih selesa bersama lima anak mereka yang berusia 9 tahun hingga dua bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI