fbpx

EPL: Perasaan takut jerat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas berdepan Bournemouth kelmarin selepas beberapa hari tunduk kepada Tottenham Hotspur. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui pemainnya turun dengan perasaan gementar ketika tewas 0-3 kepada Bournemouth pada aksi di laman sendiri kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan United kekal di kedudukan ke-13 saingan Liga Perdana Inggeris dan buat kali pertama mengulangi sejarah 1989 apabila mereka berada di kelompok 10 pasukan terbawah saingan menjelang Hari Krismas.

Ia juga seakan menjadi badi buat United apabila mereka turut tewas kepada Bournemouth pada aksi di Old Trafford dengan keputusan sama pada 9 Disember tahun lalu untuk musim sebelum ini.

“Ia perlawanan yang sukar buat kami. Kami berdepan malang sekali lagi menerusi set-piece dan pemain kelihatan gementar. Saya dapat rasakan, kami berdepan masalah kekuatan mental, begitu juga penyokong yang penuh kebimbangan.

“Sejak dari minit pertama, pemain seakan bermain dalam ketakutan walaupun ia perkara biasa kerana kami perlukan kemenangan, namun ia sedikit mengecewakan. Ia momen yang sukar, tetapi kami perlu hadapinya dan bersedia untuk aksi seterusnya,” katanya.

United bolos gol pertama pada minit ke-29 menerusi jaringan Dean Huijsen yang menanduk masuk bola hasil sepakan percuma biarpun mereka dilihat menjalani latihan terakhir untuk berdepan situasi bola mati ketika sesi pemanas badan yang dikendalikan oleh jurulatih, Carlos Fernandes.

Bagaimanapun, Amorim mengakui beliau bertanggungjawab sepenuhnya untuk melatih pasukan berdepan situasi berkenaan dan mengakui kegagalan yang terlalu kerap ketika berdepan sepakan set piece lawan mengecewakan peminat.

“Saya memahami kekecewaan peminat, tetapi inilah realitinya. Kami tahu apa yang perlu dilakukan, kami perlu memperbaiki kelemahan itu. Kami berjaya mengawal permainan, tidak memberikan banyak ruang, melakukan transisi, tetapi nasib tidak menyebelahi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI