fbpx

‘Sana sini orang kutuk, caci maki anak saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby kurang senang dengan tindakan khalayak mencaci anak perempuannya dalam media sosial.

PETALING JAYA – Bengang dengan sikap segelintir pihak, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan khalayak mencaci anak perempuannya dalam media sosial.

Kata Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, komen tidak beradab tersebut seolah-olah anaknya iaitu Marissa Dania menganggu dan menyakiti kehidupan mereka.

“Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya (Marissa).

“Cara komen kononnya diri paling tersakiti,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut menitipkan nasihat agar netizen sentiasa mengingati Allah sebelum meninggalkan sebarang komen jahat.

“Adik, kakak dan mak cik, ingat Allah banyak-banyak okey? Tak suka abaikan sahajalah wahai wanita syurga.

“Jangan biar hati membusuk, dengki dengan rezeki orang sampai buat apa pun semua tak kena,” ujarnya.

Sebelum ini, Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 25 Disember tahun lalu.

Tindakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga turut mengundang kecaman netizen memandangkan Aslam sudah mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI