fbpx

[VIDEO] Lelaki mabuk cuba pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular tersebut.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang didakwa kurang siuman serta seperti dalam keadaan mabuk dikatakan cuba memasuki sebuah rumah menerusi pintu hadapan sebelum dihalau oleh seorang wanita.

Menerusi video tular di media sosial, wanita tersebut terkejut melihat kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya di hadapan pintu rumah.

“Orang perempuan suri rumah atau yang bekerja dari rumah berhati-hati kalau Nampak lelaki ni sekitar kawasan tempat anda. Dia boleh buat relaks nak masuk rumah orang,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Dalam video tersebut, kedengaran suara wanita terbabit menghalau lelaki itu keluar dari rumah.

“Buat apa ni? keluar. Saya panggil polis nanti. Tolong-tolong,” jerit wanita itu.

Selepas dihalau oleh wanita itu, lelaki berkenaan bersahaja berlalu pergi dan mengambil beg galas di hadapan rumah tersebut.

Rata-rata pengguna di media sosial meminta orang ramai untuk berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu pagar rumah.

“Pastikan sentiasa kunci pintu pagar rumah,” kata Hazrinafetzroslan.

“Relaks-relaks macam ni tengah mabuk ni,” komen MarliyanaD.

“Kalau jadi macam ni bunyikan ‘alarm’ kereta,” tulis imankeisuke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI