fbpx

Lelaki nyaris maut, kereta terbakar rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta yang terbakar selepas merempuh tiang elektrik di Jalan Bukit Marak, Kota Bharu awal pagi tadi. -Foto JBPM

KOTA BHARU – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbakar di Jalan Bukit Marak di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan dibawa ke hopsital untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Azman Mohamad Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.21 pagi sebelum seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbakar 100 peratus selepas merempuh tiang elektrik.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian telah membantu menghantar pemandu kereta tersebut ke hospital sebelum pihak bomba tiba.

“Api berjaya dikawal kira-kira 20 minit dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.02 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI