fbpx

Bakal pengantin antara 6 didakwa cabul remaja bergilir-gilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM terduduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini kerana mencabul remaja di sebuah rumah di Tangkak, lima tahun lalu.

MUAR – Dua lelaki masing-masing bakal bertunang Sabtu depan dan berkahwin pada Mei tahun hadapan antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan amang seksual secara bergilir-gilir terhadap remaja perempuan di Tangkak, lima tahun lalu.

Tertuduh adalah Muhammad Amirul Aiman Sahrrol, 20, Muhammad Azizi Shamsor Kamar, 23, dan kembarnya, Muhammad Azizan, 23, Muhammad Asraf Rosli, 23, Hafsyal Sufian Kamaluddin, 23, dan Muhammad Hafize Abd Rahim.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun ketika kejadian di sebuah rumah Tangkak antara pukul 1.30 hingga 2 pagi, 20 Januari 2019.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan laporan, mangsa bertandang ke rumah salah seorang kenalan lelaki sebelum berehat dalam bilik tingkat atas rumah.

Ketika itu, terdapat sembilan lelaki dalam rumah terbabit dan mereka melakukan perkara itu.

Bagaimanapun, mangsa tidak tahan dengan perbuatan mereka bertindak menangis dan menjerit hingga didengari jirannya.

Susulan itu, jiran menghubungi polis sebelum kesemua tertuduh ditahan bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 terhadap setiap tertuduh serta memohon mahkamah menetapkan dua syarat tambahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI