fbpx

[VIDEO]’Mentang-mentang tol percuma, penuh kenderaan atas lebuh raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di Plaza Tol Gombak. -Foto LLM

PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak arah timur dan barat dilaporkan sesak ekoran pertambahan kenderaan sejak awal tengah hari tadi.

Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya kelewatan hampir satu jam dari kebiasaan.

Semakan Kosmo! pada laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) melibatkan laluan dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah serta dari Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak ketika ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Facebook mendapati orang ramai turut berkongsi keadaan mereka yang terperangkap di dalam kesesakan terutama menuju Pantai Timur serta ke negeri utara Semenanjung.

“Tiga jam lebih sangkut jem dari Gurun ke Kuala Perlis. Lain macam walaupun hari Isnin, nampaknya ramai balik kampung, pergi bercuti sempena cuti sekolah seminggu,” kata Naimi.

“Orang balik raya (Hari Krismas). Mentang-mentang tol percuma, penuh kenderaan atas highway (lebuh raya),” kata Zeeta.

Dalam pada itu, Astro Radio Trafik di Facebook memaklumkan, di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berlaku kesesakan hampir lima kilometer (km) dari Pedas Linggi ke Senawang ekoran pertambahan kenderaan.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pengecualian tol untuk kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sempena sambutan Hari Krismas 2024, bermula hari ini sehingga esok.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, langkah ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM38 juta yang akan dibayar kepada syarikat konsesi tol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI