PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan di Melaka serta dua daerah di Perak iaitu Batang Padang dan Muallim.
“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub di Pahang,” katanya.
Sementara itu, cuaca buruk ini turut menjejaskan kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor pula melibatkan Tangkak serta Kota Tinggi. – KOSMO! ONLINE