fbpx

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam jadi Pusat Pengkalan Hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ROHANI (tengah) menyerahkan replika kunci Kenderaan Penyelamat kepada Ketua PBS Kahang, Lee King Hooi (tiga dari Kanan) dan Ketua PBS Felda Ulu Tebrau, Radzuan Yahya (tiga dari kiri) dalam majlis Penyerahan Kenderaan Penyelemat kepada Pasukan Bomba Sukarela di BBP Ayer Hitam hari ini.

BATU PAHAT – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam diangkat sebagai Pusat Pengkalan Hadapan untuk berhadapan bencana bagi Zon Selatan.

Langkah itu diambil berikutan kedudukannya yang berada di tengah Negeri Johor selain mudah untuk dijadikan pusat gerakan berikutan kedudukannya berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JOHOR), Siti Rohani Nadir berkata, semua sedia maklum pada masa ini negara masih berada dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL), iaitu bermula pada Nov dan dijangka berakhir pada Mac 2025.

Katanya, tempoh MTL ini, antara cabaran yang dihadapi terutamanya di negeri Johor ini adalah hujan lebat sehingga boleh menyebabkan berlakunya banjir, banjir kilat dan pokok tumbang.

“Sebagai persediaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mempersiapkan diri dari aspek kekuatan anggota dan logistik termasuk penubuhan Regional Forward Base (RFB) Zon Selatan di BBP Ayer Hitam.

“RFB ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pengoperasian tetapi juga sebagai hub penyelarasan bantuan antara negeri di Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika hadir dalam majlis Penyerahan Kenderaan Penyelamat kepada Pasukan Bomba Sukarela di BBP Ayer Hitam hari ini.

Menurut Siti Rohani lagi, RFD ini turut berupaya untuk menampung kehadiran pasukan bantuan sehingga 50 anggota pada satu masa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI