KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines melarang penerbangan armada pesawat Airbus A330neo miliknya, beberapa hari selepas penerbangan pertama kapal terbang berkenaan disebabkan masalah teknikal.
“Puncanya berasal daripada kilang dan ia menjejaskan reputasi serta jenama Malaysia Airlines.
“Keselamatan adalah yang paling utama,” Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail dipetik sebagai berkata oleh akhbar New Straits Times semalam.
Menurutnya, masalah teknikal pada pesawat baharu itu ‘tidak boleh diterima’ sambil menambah: “Kepada saya, Ia memalukan.”
Akhbar berkenaan melaporkan bahawsa penerbangan sulung pesawat itu dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 13 Disember lalu dibelenggu masalah teknikal.
Pada 2022, Malaysia Airlines bersetuju membeli 20 Airbus A330 untuk menambah bilangan pesawat badan lebarnya.
A330neo yang dijana enjin Rolls-Royce Trent 7000, dianggap lebih menjimatkan bahan api.
Sementara itu, Rolls-Royce memberitahu New Straits Times bahawa pihaknya telah menemui satu komponen yang bermasalah, manakala Airbus bersetuju untuk membantu Malaysia Airlines. – AFP