fbpx

Ada pihak cuba melaga-lagakan Puteri Sarah, mentua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah mendakwa ada pihak cuba meruntuhkan hubungan baiknya dengan mentua tersayang.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, mendakwa ada pihak yang cuba menyebarkan fitnah tentang dirinya.

Tidak menjelaskan secara terperinci, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut memaklumkan pihak berkenaan dilihat seolah-olah mahu meruntuhkan hubungannya dengan keluarga mentua.

“Rasanya ada yang nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah. Nak melagakan satu keluarga pula,” katanya dalam InstaStory.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Polis Peronda itu turut meletakkan tagging akaun instagram ibu bapa kepada bekas suami, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

Sementara itu, Patimah mengulang siar hantaran menantunya itu dalam InstaStorynya dan menitipkan doa buat Puteri Sarah serta dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

“Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul yang juga pengarah pada 2014 bagaimanapun mereka bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah yang kini berusia lima tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI