fbpx

Liverpool perlu pikul tanggungjawab sekat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bakal turun dengan misi mempertahankan rekod kebal Anfield sejak tiga tahun setengah yang lalu tanpa sebarang kekalahan. – AFP

LIVERPOOL – Pengulas sukan yang juga bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carra­gher percaya Liverpool perlu kembali mendapatkan prestasi dan membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik de­ngan menampilkan persembahan ber­tenaga.

Menurutnya, aksi menentang Manchester United awal pagi esok adalah sangat penting dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menghalang pasukan itu untuk mendapatkan kedudukan yang terlalu selesa di puncak liga.

“Saya fikir ini adalah perlawanan yang cukup besar buat Liver­pool. Mereka perlu ambil tanggungjawab untuk menghalang United. Kemenangan hanya akan membuatkan United bertambah yakin bahawa mereka mampu menjuarai saingan liga musim ini.

“Saya percaya ramai yang ber­pendapat United akan tewas pa­da aksi kali ini, tetapi sekiranya mereka menang ke atas Li­verpool di Anfield, mereka akan benar-benar mencipta kejutan untuk musim ini.

“Ini adalah aksi Liverpool perlu menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan juara, lebih baik berbanding pasukan lain dan dapatkan keputusan yang baik. Mereka perlu kembali ‘menghantar’ United ke tempat di mana mereka sepatutnya ber­ada,” jelasnya.

Liverpool mengharungi tiga perlawanan tanpa kemena­ngan, seri ketika menentang West Brom­wich dan Newcastle sebelum dikejutkan dengan kekalahan kepada Southampton pada aksi terakhir.

Namun, aksi di Anfield mungkin mampu memberikan kele­bihan kepada Liverpool apabila mereka tidak pernah tewas dalam tempoh tiga tahun sete­ngah dalam saingan Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI