fbpx

7 beranak ‘berumah’ dalam kereta dapat perhatian menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasib Hilmi sekeluarga berubah selepas mendapat perhatian Steven Sim.

SEBERANG PERAI – Kesengsaraan tujuh beranak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas diperdaya tuan rumah mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau tampil membantu selepas menerima aduan berhubung keadaan keluarga terbabit malah pantas menyediakan rumah sewa bagi membolehkan pasangan suami isteri itu tinggal dengan lebih selesa bersama lima anak mereka yang berusia 9 tahun hingga dua bulan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Steven memberitahu pada mulanya lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu merantau dari Kelantan ke negeri ini bersama isterinya dan lima anak mereka yang berusia dua hingga sembilan tahun untuk kehidupan lebih baik.

Katanya, lelaki terbabit ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu lori dan dia turut membayar deposit sewa rumah untuk memastikan isteri dan anak-anak dapat hidup selesa.

“Malangnya, dia kena ‘scam’ dan mereka dihalau tuan rumah malah terpaksa melepaskan kerja kerana bimbangkan keselamatan keluarga yang perlu ditinggalkan dalam kereta.

“Selain itu, dia turut bekerja sebagai penghantar barang malah anak isteri turut dibawa bersama dalam kereta yang serba kekurangan, ditambah pula dengan cermin belakang pecah namun terpaksa ditutup dengan plastik kerana tidak mampu untuk mengganti cermin baharu.

“Justeru, bantuan segera iaitu rumah sewa beserta perkakasan baharu seperti sofa, katil, dapur dan peti ais turut dibeli malah duit sewa rumah selama setahun turut siap dibayar buat keluarga ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, Hilmi turut mendapat pekerjaan baharu sebagai pemandu lori manakala dua anaknya yang sebelum ini terpaksa berhenti sekolah akibat kekangan kewangan akan didaftarkan semula bagi menyambung persekolahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI