fbpx

[VIDEO] Indonesia pun sesak musim cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan rakyat Indonesia membanjiri pintu masuk Kebun Binatang Bukit Tinggi selepas pihak zoo menawarkan kemasukan percuma pada 20 Disember lalu.

PETALING JAYA – Cuti sekolah ketika ini bukan sahaja berlaku kesesakan di jalan raya dan tempat tarikan di Malaysia, bahkan keadaan sama turut dialami di negara jiran Indonesia apabila orang ramai membanjiri kawasan tumpuan di sana.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok jhefriwongboekitt, memperlihatkan ribuan pengunjung memenuhi pintu masuk Kebun Binatang Bukit Tinggi, Indonesia, kelmarin.

“Situasi pintu masuk Kebun Binatang Bukit Tinggi hari ini 20 Disember membludak (sangat ramai),” katanya.

Berdasarkan komen-komen daripada pengguna TikTok dari Indonesia, ada yang memaklumkan pihak zoo menawarkan tiket percuma menyebabkan ia diserbu pengunjung pada hari tersebut.

“Tanggal (tarikh) 20 gratis (percuma) katanya hari jadi Bukit Tinggi,” komen seorang rakyat Indonesia.

Dalam masa sama, ada juga yang memberitahu lebih rela duduk di rumah berbanding beramai-ramai ke zoo tersebut.

“Biarpun gratis, kalau seramai itu, aku langsung puter balik (patah balik),” kata seorang individu.

Seorang pengguna TikTok berpandangan, kemasukan percuma ke Kebun Binatang Bukit Tinggi membolehkan mereka yang berkeluarga besar serta tidak berkemampuan untuk berkunjung ke sana pada hari berkenaan.

“Biarin aja, mereka nunggu setahun sekali kok. Lagian masuknya cuma 20,000 rupiah (RM5.54), gak semua mampu bawa sekeluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@jhefriwongboekitt♬ suara asli – jhefriwongboekitt

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI