MEMILIKI bapa popular dan kaya tidak menghalang anak kepada aktor tersohor, Johnny Depp iaitu Jack Depp untuk berusaha mencari wang sendiri dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.
Pemuda berusia 22 tahun itu nyata lebih selesa tidak menumpang tuah ayah serta ibunya yang juga model terkenal, Vanessa Paradis.
Jack bekerja di sebuah restoran makanan Lebanon di L’Area di Paris selama dua tahun terakhir sebelum berhenti pada pertengahan tahun ini.
Menurut pengurusnya, anak muda terbabit bukan sahaja seorang yang senang untuk berurusan, malah langsung tidak bersikap sombong walaupun datang daripada keluarga berada.
“Bukan hanya mengambil pesanan, mengemas meja, Jack juga melakukan kerja di dapur. Susah mahu mendapatkan pekerja sepertinya.
“Dia berhenti kerja beberapa bulan lalu tetapi berjanji akan kembali ke sini tahun depan,” katanya.
Jonny Depp turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Lily-Rose, 25, juga model popular. – HIBGLAM