fbpx

Tesla panggil balik 700,000 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta elektrik Tesla model Cybertruck. - Getty Images

AUSTIN, TEXAS – Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla mengeluarkan arahan penarikan semula hampir 700,000 kereta di Amerika Syarikat susulan kerosakan pada lampu amaran yang berisiko membawa kemalangan, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), penarikan semula itu melibatkan 694,304 kenderaan bagi model Cybertruck, Model 3 dan Model Y. 

“Kenderaan yang terjejas termasuk model Cybertruck 2024, Model 3 keluaran tahun 2015 hingga 2017 serta Model Y dari tahun 2020 hingga 2025,” kata NHTSA. 

Penarikan itu dilakukan selepas lampu amaran pada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dipercayai rosak. 

“Lampu amaran pada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) mungkin kekal menyala semasa pemanduan, sekali gus menyebabkan pemandu tidak diberi amaran tentang tekanan tayar rendah.

“Memandu dengan tayar yang tidak dinaikkan dengan betul boleh meningkatkan risiko kemalangan,” tambah NHTSA. 

Pemilik kenderaan akan dimaklumkan menerusi surat menjelang 15 Februari tahun depan, manakala isu tersebut akan diselesaikan melalui kemas kini perisian secara percuma. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI