fbpx

EPL: Arsenal mula terbayang gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS meledak dua lagi gol menentang Palace ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta semakin yakin bahawa pasukannya sedang berada dalam perlumbaan untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini selepas membelasah Crystal Palace 5-1 di Selhurst Park awal pagi semalam.

Selepas mencatat kemenangan 3-2 menewaskan lawan yang sama pada aksi Piala Liga Inggeris untuk menempah slot separuh akhir, Arsenal terus meraih kemenangan dengan lebih selesa menerusi aksi meyakinkan pada perlawanan tersebut.

Tiga mata diraih pada perlawanan berkenaan membolehkan Arsenal memintas kedudukan Nottingham Forest untuk merampas tangga ketiga dan hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool yang masih kekurangan dua perlawanan.

“Kami belum lagi memasuki separuh musim pertandingan, tetapi selepas soalan demi soalan diajukan mengenai sasaran kami musim ini, saya percaya kami sedang dan bersedia untuk bersaing untuk memburu kejuaraan liga.

“Ia minggu yang hebat. Kami bertemu lawan yang sama dalam tempoh tiga hari dan itu agak pelik. Kami bermula dengan baik, namun bolos. Bagaimanapun, pasukan mempamerkan reaksi yang baik dengan meledak lima gol ketika aksi berlangsung di tempat lawan,” jelasnya.

Berdasarkan rekod, Arsenal berjaya meledak lima gol di tempat lawan buat kali keenam dalam semua kejohanan sepanjang tahun ini dan ia merupakan rekod dalam saingan EPL apabila ada pasukan berjaya melakukannya untuk tempoh berkenaan.

Gabriel Jesus yang meledak hatrik pada aksi EFL sebelum ini berjaya menyumbang dua lagi gol pada aksi tersebut, manakala tiga lagi gol berjaya dihasilkan oleh Gabriel Martinelli, Kai Havertz dan Declan Rice.

Bagaimanapun, Arteta diselubungi rasa kurang baik biarpun Arsenal mencatat kemenangan besar apabila menyaksikan bintang utamanya, Bukayo Saka gagal menamatkan perlawanan selepas mengalami kecederaan hamstring. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI