fbpx

Empat lelaki diberkas tidak sampai 24 jam samun telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PARIT – Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun telefon bimbit dan mencederakan seorang lelaki di sebuah restoran di Seri Iskandar, kurang 24 jam selepas suspek melakukan perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima selepas pengadu berusia 41 tahun membuat laporan di Balai Polis Seri Iskandar pada pukul 10.06 pagi semalam.

Susulan itu katanya, operasi mengesan suspek dijalankan dan mereka berjaya diberkas di Ipoh pada pukul 11.40 malam hari sama.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 5 pagi ketika mangsa berusia 26 tahun dan rakannya sedang bersembang di restoran itu sebelum suspek tiba-tiba datang mencederakan mangsa dan melarikan telefon bimbit.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan mangsa mendakwa tidak mengenali kumpulan lelaki yang menyerangnya itu,” katanya di sini hari ini.

Kesemua suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI